August 2nd, 2009

sudah nasib kita..(dapat pemimpin yg bebal)

1 ogos 2009 - sejarah tercipta di mana ratusan ribu rakyat yg cintakan keamanan dan kedaulatan undang-undang berhimpun utk kesekalian kalinya, menuntut akta binatang yg terpakai sewenang-wenang - ISA - diluputkan terus dari peta perlembagaan Malaysia.

namun, apakan daya, pihak kerajaan pemerintah semuanya bertelinga satu dan berlidah dua. maka terjadilah apa yg telah terjadi. ratusan ditangkap, tak kira lagi yg cedera. semua gara-gara pihak polis dikerah utk kononnya menghentikan rusuhan. padahal telah jelas termaklum bahawa perhimpunan yg diadakan hanyalah utk meyerahkan memorandum berkenaan pemansuhan ISA kepada pihak istana. biasalah. polis mmg perisai terampuh yg pemerintah ada. itu belum lg tambah dgn pihak yg kononnya pro-ISA dr pertubuhan silat.

sangat mendukacitakan, bila mana pertubuhan silat yg sepatutnya neutral dari sebarang anasir politik, menyanggupi utk membentengi undang-undang sialan ciptaan kafir. jika ahli silat perseorangan, dipersilakan.itu hak individu utk berpolitik. tapi ini satu pertubuhan silat yang aku yakin ini semua angkara pucuk pimpinan atasan pertubuhan itu yg dgn bongkaknya mahu melindungi akta haram itu. sayang..pertubuhan silat yg terkenal gagah dgn semangat ‘Hang Jebat’nya, rela melindungi pemimpin zalim yg kebal dgn akta haram itu. bukankah laungan keramat ‘raja(pemimpin) adil raja(pemimpin dlm tulisan ini) disembah, raja(BN la senang cite) zalim raja(lagi sekali,BN.tak nak org salah fhm aku derhaka kt Sultan plk) disanggah itu mainan kata si Jebat??sekali lagi, aku yakin keputusan mereka utk pro-ISA bukan pilihan pengamal silat itu secara individu.silat bukan utk melindungi kepentingan politik, melainkan sbg kubu pelindung buat agama, bangsa dan negara.

sayang..aku tidaklah menidakkan takdir Allah yg telah menganugerahkan kita pemimpin bertelinga satu lidah bercabang ni. tinggal lagi, kita perlukan kesedaran seluruhnya utk bangkit menyedarkan pemimpin-pemimpin ni. memang, kedapatan suara2 sumbang yg terhegeh2 menarik perhatian.

“kenapa perlu merusuh (berhimpunlah bodoh!!!bukan merusuh!!)???kan kita masih boleh berunding di meja bulat. lagi pun kerajaan sedang berbincang utk meminda akta ISA.tak payahlah nak buat riuh.”

masalahnya, apa guna berunding dengan org yg batinnya tuli, warasnya pekak??takkan tak sedar lagi kemarahan rakyat yg cintakan keamanan. rakyat tak nak dengar pina-meminda ni. kami semua nk ISA DIMANSUHKAN SEGERA!!!tak perlu diulang suara kerana dah beribu-ribu kali ingatan ini disampaikan, dari dulu, kini dan selamanya.

dan, terjadilah apa yg telah terjadi..bongkaknya pemimpin kta ni semakin menjadi-jadi. rakyat diperbodohkan dari sehari ke sehari. mangsa mainan akta haram itu makin menderita hjung rambut ke hjung kaki.

sudah nasib kita agaknya, dapat pemimpin bebal sebegini. bak kata arwah Tan Sri P. Ramli.

“nak buat macamana.sudah naseb badan….”

Bookmark and Share

July 31st, 2009

perjuangan itu pahit, kerana syurga itu manis..

letih jugak skg ni. ditambah dengan beban kerja yang semakin menggunung. namun aku pasrahkan segalanya pada Allah, kerana Tuhanku lebih mengetahui rentak yang menungguku di hadapan..

memang hanya Allah shj yg tahu segala kekalutan yg berlaku di sekitar atmosfera kita skg ni. kalut. kematian Teoh Beng Hock masih lagi dibaluti kabus misteri, yang aku kira hanya Dektektif Conan atau Hajime Kindaichi je yg dapat selesaikan misteri ni. tu pon kena tunggu dua bulan, bagi lepas dua isu komik. nak harapkan Polis, Suruhanjaya DiRaja (yg mcm dibela) ngan majistret seringgit, sampai sudahlah misteri kekal misteri.

akta rimba yang mengekang suara demokrasi rakyat, ISA semakin dibenci masyarakat. tu pon masih ada suara yang berkokok menyalak mahu ia dikekalkan. tolonglah. undang-undang zalim ini hanya terpakai pada pemerintah yg zalim. yg tahu hanya untuk menebalkan poket masing-masing. yg tahu hanya utk membesarkan banglo masing-masing. andai kedapatan rakyat berdaulat bersuara keramat cuba menggugat, siap siagalah, kerana akta ini akan langsung terpakai pada anda!!

makanya, rakyat skg sgt berharap akan kepekaan pimpinan ulama yg sepatutnya bertegas dalam mentang pelaksanaan ini dari terus mekar. namun, hampa yg kita terima rupanya. para mufti dan ulama terbilang tidak pula bersatu dalam menyatakan persetujuan menentang akta biadab ini.

terbaru, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria masih tiada ketegasan dalam mengeluarkan fatwa utk mengharamkan akta sialan ini. undang-undang ISA yg jelas melanggar prinsip keadilan Islam ini tidak cuba ditentang habis-habisan. mufti sepatutnya berani bersuara dalam menyatakan kebenaran, bukan mengikut telunjuk pemerintah siapa yg mahu dipersalahkan. terkenang kembali matan mufti selangor yg dipecat gara-gara kelantangannya. itu harga yg perlu dibayar kerana sudah tanggungjawabnya membetulkan yg salah.

andai ulama harapan terus kecut perut menyatakan kebenaran, negara kita takkan pernah dijamah aman. H1N1 semakin rakus menelan ketenangan. itu sudah tertunjuk, Allah punya pembalasan. tanpa perlu bom atom dihalakan pada kita, tsunami ganas memamah separuh negara, atau gempa bumi menggegar perut dunia, penyakit yg merebak ini sudah cukup sebagai peringatan bahawa kita masih tiada kesedaran.

apa pun, selamat berjuang kepada para pejuang Islam yg dahagakan kedamaian. benar, perjuangan takkan pernah senang.ombak derita tiada henti. tenang tegang silih berganti. inilah sunnah org berjuang..sesungguhnya berjuang menentang kezaliman itu ternyata pahit..kerana syurga itu sgtlah manis.

“Jihad yang paling afdhal ialah perkataan benar di hadapan pemerintah yang zalim” bukan perkataan yang berani di hadapan rakyat yang ditindas..titik

July 20th, 2009

biler pak menteri pendidikan nak jadi saintis

sedap betul nasi goreng ayam kedai tadi. sedapnya melekat-lekat lagi di celahan gusi. alhamdulillah,seharian bekerja (730am-630pm) membuatkan aku tak menyempat nak makan.lapar.. agaknya, disuapkan sabun pun aku kata sedap. kalau disuapkan rasuah, lagi sedap!!! tapi nanti mati lak aku kalau tiba-tiba kena panggil SPRM.

sedang asyik menikmati hidangan makan malam yang agk menyelerakan ni, mata aku terpaku pada kaca televisyen yg menyiarkan Buletin Utama. Antara laporan yg menarik perhatian aku ialah laporan berkenaan ribuan pelajar sekolah tidak tahu membaca. Malah, laporan turut menyebut kedapatan juga pelajar sekolah yang tidak mampu menguasai kemahiran membaca, apatah lagi menulis dan mengira.

tergaru-garu aku sekejap. terpikir jugak, mana silapnya sistem pendidikan kita. NUTP segera mempertahankan guru-guru, bahawa ini bukan salah guru-guru secara total. Di pihak PIBG, mereka mencadangkan agar guru-guru sentiasa memperbaiki teknik pengajaran mereka agar lebih berkesan. sekejap aku tersenyum.. cet, cakap pandaila!!!

ok, aku bagi suatu senario yg pernah berlaku pada aku, waktu aku masih berkhidmat di Langkawi dulu. Aku pernah bawak satu group budak-budak sekolah ber`camping` kat hutan selama seminggu. waktu tu, pelajar yang datang terdiri di kalangan budak-budak tingkatan 4. budak-budak yg baru nak `up`, baru nk kenal dunia. so,kecohnya mmg memenatkan la. tapi aku enjoy.

cuma yang membuatkan aku terkilan, suatu kejadian yang membuatkan aku tak senang tido lena. aku membantu budak-budak ni ambik wudhu` di sebuah perigi lama. sebagai polisi utk keselamatan, sorang trainer mesti ada dgn bdk2 ni biler dorg dkt ngn mana2 sumber air.nak dijadikan cite, sorang budak ni - lelaki - berwudhu` secara semberono.

mula dibasuh kaki. pastu basuh tangan. ending ngan muka.dah.aku tercengang. aku tanya balik, mana ko belaja ambik wudhu` cenggitu?? dijawabnya bdk tu ngn sopan dan sedikit terkulat-kulat..

“saya lupa la bang,cmne nak amik air semayang…”

aku tak tau, samada aku atau dia yang terkulat-kulat time tu. tapi sebagai trainer yang berkaliber (cewah), aku mengajar bdk tu ambik wudhu` ngan tertib. aku suruh dia hafal bacaan niat wudhu`.aku tanya dia, ingat lagi tak niat solat??

“ingatlah skit-sikit bang wan..”

aku tak tunjuk muka tekejut aku kat dia. mulut aku tak skit pun menyumpah dia. yang aku sumpah-seranah dalam hati, apa sekolah dia buat, apa cikgu-ustaz-ustazah dia buat, dan apa mak ayah dia buat sampai anak sendri wudhu` pon lupa-lupa ingat!!!

ini yang membuatkan aku kesal.malam tu, aku sedikit berceramah pada budak-budak tu, setelah penat bergelak berguling main game yg pecah perut.aku ringankan isinya,sebab bukan semua Muslim dalam group tu..

setelah budak-budak ni masuk tido, aku mula berkira-kira tentang kegagalan sistem pendidikan di negara kita. mungkin kita terlalu mengejar kemajuan kebendaan, sampai subjek agama yang menjadi teras dalam kehidupan pelajar Muslim hanyalah dipandang subjek mudah nak score A, tak payah baca pun blh score. Bukunya baca last minit pon takpe..dan aku mula berkira-kira, harusnya terdapat orang-orang yang mampu mengubah sistem pendidikan negara kita agar mampu menghasilkan produk yang sesungguhnya berkesan dan memberi manfaat, dunia dan akhirat..

dan aku tergelak biler tngok lporan kat tv tadi.budak tak reti baca yang korang kisahkan ye pak cik.budak tak reti solat, wudhu`, azan dan macam-macam lagi, ko lantakkan tepi jalan!!!

PPSMI lah.PIPP lah.Satu Malaysia lah.semua tu hanya kuman yang menjahanamkan, kalau agama yang sepatutnya dipasakkan ke dalam hati anak-anak muda pewaris negara tidak disuburkan.

tu la jadinya, biler bertukar-tukar menteri pendidikan. semua nak kluar idea masing-masing, nak jadi saintis, semua nak bereksperimen.yang jadi `tikus makmal`nya, anak-anak agama, bangsa dan negara kita gak..

camnela aku nak kawin ngan tenang camni…

July 19th, 2009

kes SPRM~~APA NAK JADI NGAN KITA NIH??

Heboh dikisahkan orang sekarang. Kematian Teo Beng Hock iaitu
Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor selepas selesai
dihadapkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

maka,
bersilang-silang tangan pihak-pihak berkenaan (yg tak berkenaan di kdai
kopi pon ikot campur tangan) tuding-menuding. Cuma yang menghairankan,
pihak SPRM sendiri sunyi seribu bahasa, tanpa terkial-kial membetul
mikrofon dan berdehem-dehem membuat kenyataan bahawa mereka secara
totalnya tidak terlibat dengan kematian mendiang. Aku selaku pemerhati
politik, menggaru-garu ketiak yang sedikit berpanau.
Agaknya, SPRM menggunakan falsampah `Diam itu tandanya setuju`??

SPRM
yg baru dipakej semula oleh kerajaan sepatutnya lebih transparen dalam
mengendalikan penyiasatan. Kiranya mata mereka hanya melihat langau di
sekitar pembangkang, padahal bangkai besar gajah tak bertutup membusuk
depan mata sendiri, terutama di Putrajaya.

Pak-pak menteri pn
turut menunujuk jaguh mempertahankan `ayam belaan` mereka, tapi
kadang-kadang gagap, skrip tidak teratur, tunggu dululah, kami nak
siasat terperincilah, jangan tuduh melulu lah. Orang tak tuduh pak
cik,… orang nak tau, camne mendiang mati..kalau dijawab mati itu
takdir Allah, maka Allah mungkin telah mentakdirkan kita untuk menerima
pemimpin paling tak berakal dalam sejarah Malaysia tertubuh.

SPRM
sendiri, bolehkah mereka membasuh arang, najis dan segala macam kotoran
degil yang terpalit pada uniform cantik mahal mereka itu.sama-sama kita
nantikan episod seterusnya..

lupa nk bagitau.dah kedengaran
cakap-cakap, akronim baru SPRM. Skuad Penukar Rakyat kepada
Mayat..mintak dijauhilah negara kita dari segala kemelut yg bakal
mendatang. Amin..

Bookmark and Share

July 6th, 2009

marilah membaca wahai kawan-kawan

Agak lama aku tak menulis (dalam erti kata lain,menaip ). Menulis memegang pen, aku kira bukan menulis. Lebih molek aku katakan mencakar. Ye, tulisan aku buruk yang amat. Mungkin sejak kebelakangan ni, aku jarang berpeluang menelaah buku-buku atau menonton rancangan TV yang menggerakkan minda. Kali terakhir, buku `yakjuj makjuj – bencana di sebalik gunung` karangan Alexander wisnu (aku pon lupe dah nama mamat ni). Buku yang sangat laris dewasa ini di toko-toko. Bayangkan, buku yang baru diterbitkan tahun ni, sudah diulang cetak sehingga tiga kali ( padahal 2009 baru menjengah usia pertengahan ).

Namun itu bukan kisahnya di sini. Buku tu pun belum mampu aku habiskan lagi (nipis sikit dari kamus dewan edisi ketiga). Alhamdulillah, setelah balik dari interview di Kuala Lumpur bulan lalu, aku berpeluang menghabiskan saki-baki waktu yang terluang untuk bersenggang-senggang di kampung. Setelah penat menahan amarah mak yang lembut menjamah telinga, aku gagahkan jugak diri mengemas buku-buku yang berkotak-kotak menyerabutkan ruang makan di rumah. Sedikit dekorasi aku lakukan di bahagian ruang tamu ( alah,letak rak buku je pun ), untuk menambah seri di bahagian itu. Menurut kata tuan punya majalah Seni Beladiri, Cikgu Azlan Ghanie, buku yang terdapat di rumah seseorang melambangkan wajah peribadi empunya rumah. Aku juga berpendapat yang sama. Cumanya, kalau buku-buku tertayang sekadar menghias dan membantu menambah lagak, baik tak payah.

Dalam keghairahan umat Malaysia ( yang baru nak bersatu – sori,sinis di sini ) mengejar hiburan, bertali arus berlumba mengejar laba dunia, kadang-kadang terlupa tuntutan dunia masa kini yang mengkehendakkan manusia isi perutnya berilmu. Orang nak berniaga perlu ada ilmu, nak bina bangunan tinggi-tinggi perlu ada ilmu, nak menjamah makan pun perlu ada ilmu, hatta nak menguruskan sisa buangan manusia pun perlu ada ilmu.

Namun, keganjilan berlaku di Malaysia ( tempat lain pun ada jugak, tapi saja nak tekankan kat rakyat Malaysia). Rata-rata rakyatnya berpendapat sebaliknya. Kalau ditonton di TV, kedapatan kolej-kolej swasta, institut pengajian yang mengiklankan perihal betapa bagusnya kolej mereka. Memang kolej-kolej ni bagus, tak pulak aku nak nafikan. Tinggal lagi, jaminan mereka yang dengan belajar di situ, wajib dapat kerja!!! Makanya di sini, institut pengajian tinggi bukan lagi tempat yang maqamnya untuk insan-insan yang dahagakan ilmu, dambakan ilmu, cintakan ilmu, berkumpul dan meraikan kemuliaan ilmu, melainkan tempat untuk mendapatkan pengiktirafan masyarakat, meraih segulung kertas yang nantinya ditayang di dinding batu dan di hujungnya, gambar potret diri berjubah bersalaman dengan naib cancelor atau lain-lain senat untuk dijunjung dipampang satu kampung.

Belum lagi ditambah penyakit masa kini, manusianya tidak tahu apa sebab, sangatlah dahaga yang amat pada hiburan melampau yang sedikit sebanyak ( ok, banyak sebenarnya ) membejatkan pemikiran. Untuk menghalalkan kedahagaan ini, penjenamaan semula diwarnakan pada kegilaan ini. Wujudlah akademi yang muridnya terkinja-kinja terlalak-lolong, hujungnya bergraduasi dengan konsert dan air mata. Menambah rencah, peluk-memeluk yang didiamkan salahnya oleh penonton. Kami mesra macam adik-beradik, jawapan bangang yang memualkan. Itulah realiti yang cuba ditonjolkan oleh empunya media, yang penuh kocek mereka dengan laba untung yang menimbun-nimbun, juga dosa membukit-bukit di bahu kiri. Tidaklah salah berhibur, itu fitrah manusia. Namun fitrah itu harus berlandas, agar diri tidak terkandas.

Melaut jugak aku melalut..sedang diri sendiri tidaklah sebaik mana. Agaknya sebab terjebak menonton rancangan realiti ni la ( cesss,tadi baru je kutuk!!! ), aku pandai menghentam dan mengkritik. Aku sebenarnya sekadar mahu mencuit perihal pentingnya membaca. Ye, bacalah apa sahaja. Komik, karya pop, buku agama, sastera, ilmiah dan lain-lain ( tolong jauhi buku-buku lucah ). Gerakkan minda yang semakin hari makin berkarat. Yang pasti, banyakkan bacaan ilmiah dan agama berbanding novel pop cinta sana-sini dan komik. Otak kita tidaklah pulak memerlukan Brusso untuk digosok dikilatkan, melainkan bahan bacaan yang berfaedah untuk melanjutkan lagi usia fungsinya. Rujuk negarawan seperti tun Mahathir, Tuan Guru Nik Aziz, Prof diraja Ungku Aziz, Prof emeritus Khoo Kay Kim (sekadar menyebut beberapa contoh ) yang masih ligat menyampaikan buah fikir yang hebat dan bernas walau usia memusuhi mereka. Tidak dapat tidak, membaca itu sudah jadi ruji yang sebati menyaluti hidup mereka. Contoh yang baik itu wajar diambil.

Mengapa buku??sekarang zaman internet. Google apa saja, maklumat di hujung jari. Aku akui itu, namun buku punya nilai peribadi yang lebih berbanding isi internet dan komputer. Nilai yang memberi kenikmatan pada si pembaca, juga sentimental yang tak padam hingga hujung nyawa. Sejak teknologi kertas ditemui di China, umat Islam sendiri beraja di pentas tamadun ilmu dunia. Banyak buku-buku bermutu dan hebat terhasil dari jerih payah ilmuan agung Islam yang aku kira setiap seorang dari kita mampu menamakan sekurang-kurangnya sepuluh orang untuk disenaraikan. Namun apa ada pada sejarah usang jika hanya mahu dibanggakan, tanpa umat Islam sendiri kembali meraih kegemilangan silam.

`iqra` bismirabbikallazi khalaq – bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Itu pencetus kecintaan pada ilmu. Yahudi dan Barat sudah terkedepan, itupun dengan merompak ilmu titipan ilmuan Islam. Kita?? Syahadah sudah terlafaz, namun lupa untuk berilmu..iman gagah berpaksikan ilmu, yang lengkap beregukan amal.

kembali bertanya pada diri sendiri, bilakah kali terakhir kita memegang al-Quran, menjunjung al-Quran, seraya membaca al-Quran???

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan..

Bookmark and Share

June 20th, 2009

KASI DENGAR SINI,LU MAT ROCK!!!!

wei mat!!!

tengok serata keliling lu
semua nampak lu menyampah
seluar koyak baju tengkorak kelabu
bisik kat gua kata lu sampah

saya ni macam yang lain juga
menumpang berjasa di bumi Tuhan
rock itu hanya mahunya jiwa
mintak janganlah hakim dari luaran

masalahnya lu yang salah pilih jalan
rock tu kan ciptaan barat dan setan
lu tengok gua budak hafazan
menantu cam gua la,mak-mak punya pilihan

rambut saya memanglah panjang
seluar rabak, gitar kapok murahan
tapi dalam ibadat, tiada alasan
wajib dibuat, itukan suruhan

gua kemas, ber`tie` dan kasut kilat
manalah tak si gadis terpikat
bila diajak sembang ilmu akhirat
semua melopng rasa gua hebat

ilmu hafalan bukan ukuran
yang penting pemahaman dan amalan
ibadat dibuat bukan untuk kebanggaan
terhias riak,sia-sia letih badan..

ah!!! lu saja dengki kat gua
gua lagi alim, bukan lu gua mintak diajar
nampak,gua pegang kitab tebal berbata-bata
bukan cm lu,ke hulu hilir cam mat ganja

ilmu agama dituntut, untuk betulkan diri kita
bukan nak rasa, kita je yang betul
saya ni ilmu tak la setinggi saudara
tapi berlagak dengan ilmu di dada,bukan ajaran Rasul..

nota kaki ;

bualan di atas sekadar gurauan yg tak lah berisi.sekadar renungan bersama.mmg kedapatan ahli masyarakat yg memandang serong pada golongan yg luarannya selekeh, rambut panjang berseluar koyak. namun jangan dienteng-entengkan kerana melayu lama sendiri berpesan, diam ubi itu berisi.

juga kedapatan segelintir ahli masyarakat yg mendalami agama, yang akhirnya merasakan diri mereka sempurna dan baik, hingga mudah diresap rasa buruk sangka pada orang lain.ini yg banyak berlaku, terutama pada pihak yang mula berjinak-jinak dengan dunia agama dan dakwah, hinggakan mereka lupa bahawa dalam dakwah, perlunya berhemah dan berhikmah, bukan terang-terangan menjatuhkan hukum yang akhirnya, pihak yang didakwah tidak lagi berminat untuk mendekati mereka.

ada juga yang merasakan dengan mendirikan solat, rajin mengaji dan ibadat lain, mereka cukup baik dan memandang rendah orang lain.hairan,kenapa perlu memandang serong semata-mata tanpa cuba berpesan pada kebaikan.itu yg utama. dakwah itu tanggungjawab setiap umat Islam, namun hidayah itu hak Allah..

saya ini tidaklah baik.jauh sekali berilmu.namun sekadar berkongsi rasa dan pendapat, sementelah saya ini tak lari dari menjadi golongan yang dipandang serong, juga golongan yang memandang serong..yang terbaik, saya cuba mencari jalan tengah..perbaiki diri sendiri dahulu..karisma yg dikurniakan dari langit pada orang yg cuba mengubah diri sendiri ke arah kebaikkan, sedikit sebanyak mampu mempengaruhi masyarakat sekeliling untuk turut sama berubah ke arah kebaikkan..

yang penting, doa untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat…

Bookmark and Share

June 16th, 2009

ALLAH SEDANG MENGUJI AKU…

penantian yg menyesakkan busung dada, kini terjawab sudah..kepayahan yg aku lalui,semakin menjadi duri yg tidak sedikit melukai kesabaran..malah terlihat makin parah..

aku tak tahu,apa aku masih punya kekuatan untuk mengangkat langkah, menelusuri penghidupan yg aku kira kdg kala kejam..pancaroba hidup mmg tidak pernah memilih mangsa utk dipayahkan..kaya miskin muda tua,semua tetap sama,mangsa..

hampa,kecewa semakin menjadi keluhan berat yg bermain di bibir keringku..cuba utk meredhai kekejaman realiti teater hdup yg aku juga pelakonnya..skrip yg dipegang,berbeza watak dr yg lain..tidak mampu kuhafal,sekadar membeban di bahu dan di tangan..

kelabu pandangan sejenak..pandu arah kompas akal bagai tersagat besi keresahan yg kuat menarik magnet jarum penunjuk hala, semakin menyukarkan pilihan yg harus dibuat..

Allah…

waktu ini tersebut namaMu di pangkal benak pemikiranku..nama mulia yg lama terselindung di balik kabus nafsu yg menebal, yg mencacatkan segala perihal amal..

Allah..

aku kira ini peluang..utk aku kembali meletakkan hampar kepala..kembali meletakkan segenap rasa dan jiwa..kembali pasrah,bahawa Kau sesungguh tetap Satu..tidak tercela segala buruk binasa..kemuliaan yg sempurna..

Allah..

aku tahu itu..Kau sedang menguji aku..
atas sisa nafas yg Kau rahmati ini, aku mahu terus menuruti langkah kekasihMu..
jangan Kau sekali palingkan hatiku ya Allah, dari melupaiMu walau senafas..

Allah sedang menguji aku..

Bookmark and Share

May 24th, 2009

kalau Tuhan dikenali..

bingit-bingit lagu-laguan ozzy osbourne - crazy train sangat memikat selera telinga aku semenjak kebelakangan ini.mungkin sebab gorengan maut gitaris legenda randy rhoads utk lagu itu terlalu hidup,malah mengkhayalkan kotak minda aku sekelian lamanya.belum campur lagi lagu2 dokken,ratt,guns n roses dan banyak lagi..senang rumus,aku banyak sangat menggiankan nafsu muzikal aku kebelakangan ini..sehinggalah tali gitar buruk kesayangan aku putus baru-baru ini,menjadikan aku jemu sekejap..dan mungkin lama..

sehinggalah aku terpandang cd2 koleksi lagu-laguan nasyid yg dh lama aku simpan,berhabuk-habuk..telinga aku berkarat dengan lau-lagu rock dan metal.mungkin masanya nk merehatkan sikti telinga tg dah makin sebu ni..

aku mmg sedari dulu peminat nasyid.kalu tak kenal gitar dulu,aku rasa sampai sekarang aku masih lagi mat nasyid.agama dan pengajarannya masih lagi aku dalami.tapi sebab hanyut di ombak deras muzik yg melekakan,aku menjauhkan diri dari nasyid.konon tak ganas,tak cool.mungkin hati aku sekarang dah bernanah hitam,sebab lama tak didendangkan alunan zikir mengingat yg empunya nyawa ini..tapi aku tak salahkan gitar,rockers2 dan mat2 metal yang menghanyutkan aku tu.seratus peratus ni salah aku.

kembali menghayati mawaddah dengan lagu2 terima ksih tuhan,kalau tuhan dikenali,dan banyak lagi,sikit2 (banyak sebenarnya) mendatangkan keinsafan pada aku tentang kelapaan aku selama ini..sibuk kerja bukan punca utama aku kadang2 lupa padaNya..aku kira ini boleh dijadikan pencetus utk aku balik ke pangkal jalan..

nada murni dengan sunnah berjuang,memarakkan semnagat jihad yg lam terpadam..aku akui,aku dulu memang alim.pernah bercita-cita nak jadi mufti (bahan lawak kawan2,lantakla..)..cumanya aku tergelincir dalam memilih `kasut` yg sepatutnya aku `sarung` utk mengalas kaki..

pondok kecil..dendangan yg tak pernah gagal menumpahkan air mata aku.aku cabar sapa2 yg belom pernah dengar lagu ni,gi masuk youtube dan klik `pondok kecil`..nada murni atau unic ft aeman.pilih mana satu yg kamu mahu..hayati lirik,masukkan jiwa kamu dalam lagu (sebab minat muzik,aku senang dirasuk ke dalam lirik yg bagus)..bohong kalu tak berair mata kamu tu..kalu tak,check balik amal ibadat kita,mana yg silap.bukan apa,lagu ni terlalu touching,menyentuh jiwa.kisah ayah-abang-adik yg sangat menusuk..andaikan anda seorang abang yg nk bagitau adik,ayah sudah kembali ke rahmat Allah, kerana perjuangan atas jalanNya..andaikan anda seorang anak,yg menerima wasiat sang ayah,agar jangan tergelincir dalam menjaga adik..ingatlah,dunia ini segalanya tentang perjuangan..indahnya perjuangan jika Allah jadi keutamaan..

banyak lagi lagu2 nasyid lama yg bagus..walaupon elemen muziknya yg sangat minimum,dengan perkusion mcm ketuk meja,marakas macam pakai botol isi pasir je,tapi penghayatan,lirik,lagu dan keseimbangan vokal dan harmoni (suara budak2 tarik kt background yg amatlah bestnye) sangatlah memberi kesan yg dalam..mungkin sebab niat yang terpasang ketika mencipta dan menyanyikan lagu nasyid tu hanyalah kerana utk mendidik,kerana Allah,kesan yg berbekas kt hati sangatlah dirasai..

tak kisah nasyid,puisi,atau apa saja medium yg digunakan,andai hati tegar utk terus berbakti pada Allah,nescaya impaknya sangat besar dan positif..mungkin sampai masanya,kita kembali mengenal Allah,yg selama ini kita (terutamanya aku) lupakan..

kalau Tuhan dikenali,kan indah dunia ini…

Bookmark and Share

Next Page »