Monday, July 20th, 2009...6:54 am

biler pak menteri pendidikan nak jadi saintis

Jump to Comments

sedap betul nasi goreng ayam kedai tadi. sedapnya melekat-lekat lagi di celahan gusi. alhamdulillah,seharian bekerja (730am-630pm) membuatkan aku tak menyempat nak makan.lapar.. agaknya, disuapkan sabun pun aku kata sedap. kalau disuapkan rasuah, lagi sedap!!! tapi nanti mati lak aku kalau tiba-tiba kena panggil SPRM.

sedang asyik menikmati hidangan makan malam yang agk menyelerakan ni, mata aku terpaku pada kaca televisyen yg menyiarkan Buletin Utama. Antara laporan yg menarik perhatian aku ialah laporan berkenaan ribuan pelajar sekolah tidak tahu membaca. Malah, laporan turut menyebut kedapatan juga pelajar sekolah yang tidak mampu menguasai kemahiran membaca, apatah lagi menulis dan mengira.

tergaru-garu aku sekejap. terpikir jugak, mana silapnya sistem pendidikan kita. NUTP segera mempertahankan guru-guru, bahawa ini bukan salah guru-guru secara total. Di pihak PIBG, mereka mencadangkan agar guru-guru sentiasa memperbaiki teknik pengajaran mereka agar lebih berkesan. sekejap aku tersenyum.. cet, cakap pandaila!!!

ok, aku bagi suatu senario yg pernah berlaku pada aku, waktu aku masih berkhidmat di Langkawi dulu. Aku pernah bawak satu group budak-budak sekolah ber`camping` kat hutan selama seminggu. waktu tu, pelajar yang datang terdiri di kalangan budak-budak tingkatan 4. budak-budak yg baru nak `up`, baru nk kenal dunia. so,kecohnya mmg memenatkan la. tapi aku enjoy.

cuma yang membuatkan aku terkilan, suatu kejadian yang membuatkan aku tak senang tido lena. aku membantu budak-budak ni ambik wudhu` di sebuah perigi lama. sebagai polisi utk keselamatan, sorang trainer mesti ada dgn bdk2 ni biler dorg dkt ngn mana2 sumber air.nak dijadikan cite, sorang budak ni - lelaki - berwudhu` secara semberono.

mula dibasuh kaki. pastu basuh tangan. ending ngan muka.dah.aku tercengang. aku tanya balik, mana ko belaja ambik wudhu` cenggitu?? dijawabnya bdk tu ngn sopan dan sedikit terkulat-kulat..

“saya lupa la bang,cmne nak amik air semayang…”

aku tak tau, samada aku atau dia yang terkulat-kulat time tu. tapi sebagai trainer yang berkaliber (cewah), aku mengajar bdk tu ambik wudhu` ngan tertib. aku suruh dia hafal bacaan niat wudhu`.aku tanya dia, ingat lagi tak niat solat??

“ingatlah skit-sikit bang wan..”

aku tak tunjuk muka tekejut aku kat dia. mulut aku tak skit pun menyumpah dia. yang aku sumpah-seranah dalam hati, apa sekolah dia buat, apa cikgu-ustaz-ustazah dia buat, dan apa mak ayah dia buat sampai anak sendri wudhu` pon lupa-lupa ingat!!!

ini yang membuatkan aku kesal.malam tu, aku sedikit berceramah pada budak-budak tu, setelah penat bergelak berguling main game yg pecah perut.aku ringankan isinya,sebab bukan semua Muslim dalam group tu..

setelah budak-budak ni masuk tido, aku mula berkira-kira tentang kegagalan sistem pendidikan di negara kita. mungkin kita terlalu mengejar kemajuan kebendaan, sampai subjek agama yang menjadi teras dalam kehidupan pelajar Muslim hanyalah dipandang subjek mudah nak score A, tak payah baca pun blh score. Bukunya baca last minit pon takpe..dan aku mula berkira-kira, harusnya terdapat orang-orang yang mampu mengubah sistem pendidikan negara kita agar mampu menghasilkan produk yang sesungguhnya berkesan dan memberi manfaat, dunia dan akhirat..

dan aku tergelak biler tngok lporan kat tv tadi.budak tak reti baca yang korang kisahkan ye pak cik.budak tak reti solat, wudhu`, azan dan macam-macam lagi, ko lantakkan tepi jalan!!!

PPSMI lah.PIPP lah.Satu Malaysia lah.semua tu hanya kuman yang menjahanamkan, kalau agama yang sepatutnya dipasakkan ke dalam hati anak-anak muda pewaris negara tidak disuburkan.

tu la jadinya, biler bertukar-tukar menteri pendidikan. semua nak kluar idea masing-masing, nak jadi saintis, semua nak bereksperimen.yang jadi `tikus makmal`nya, anak-anak agama, bangsa dan negara kita gak..

camnela aku nak kawin ngan tenang camni…



Leave a Reply