Sunday, July 19th, 2009...9:11 pm

kes SPRM~~APA NAK JADI NGAN KITA NIH??

Jump to Comments

Heboh dikisahkan orang sekarang. Kematian Teo Beng Hock iaitu
Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor selepas selesai
dihadapkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

maka,
bersilang-silang tangan pihak-pihak berkenaan (yg tak berkenaan di kdai
kopi pon ikot campur tangan) tuding-menuding. Cuma yang menghairankan,
pihak SPRM sendiri sunyi seribu bahasa, tanpa terkial-kial membetul
mikrofon dan berdehem-dehem membuat kenyataan bahawa mereka secara
totalnya tidak terlibat dengan kematian mendiang. Aku selaku pemerhati
politik, menggaru-garu ketiak yang sedikit berpanau.
Agaknya, SPRM menggunakan falsampah `Diam itu tandanya setuju`??

SPRM
yg baru dipakej semula oleh kerajaan sepatutnya lebih transparen dalam
mengendalikan penyiasatan. Kiranya mata mereka hanya melihat langau di
sekitar pembangkang, padahal bangkai besar gajah tak bertutup membusuk
depan mata sendiri, terutama di Putrajaya.

Pak-pak menteri pn
turut menunujuk jaguh mempertahankan `ayam belaan` mereka, tapi
kadang-kadang gagap, skrip tidak teratur, tunggu dululah, kami nak
siasat terperincilah, jangan tuduh melulu lah. Orang tak tuduh pak
cik,… orang nak tau, camne mendiang mati..kalau dijawab mati itu
takdir Allah, maka Allah mungkin telah mentakdirkan kita untuk menerima
pemimpin paling tak berakal dalam sejarah Malaysia tertubuh.

SPRM
sendiri, bolehkah mereka membasuh arang, najis dan segala macam kotoran
degil yang terpalit pada uniform cantik mahal mereka itu.sama-sama kita
nantikan episod seterusnya..

lupa nk bagitau.dah kedengaran
cakap-cakap, akronim baru SPRM. Skuad Penukar Rakyat kepada
Mayat..mintak dijauhilah negara kita dari segala kemelut yg bakal
mendatang. Amin..



Leave a Reply