Friday, July 31st, 2009...12:34 am

perjuangan itu pahit, kerana syurga itu manis..

Jump to Comments

letih jugak skg ni. ditambah dengan beban kerja yang semakin menggunung. namun aku pasrahkan segalanya pada Allah, kerana Tuhanku lebih mengetahui rentak yang menungguku di hadapan..

memang hanya Allah shj yg tahu segala kekalutan yg berlaku di sekitar atmosfera kita skg ni. kalut. kematian Teoh Beng Hock masih lagi dibaluti kabus misteri, yang aku kira hanya Dektektif Conan atau Hajime Kindaichi je yg dapat selesaikan misteri ni. tu pon kena tunggu dua bulan, bagi lepas dua isu komik. nak harapkan Polis, Suruhanjaya DiRaja (yg mcm dibela) ngan majistret seringgit, sampai sudahlah misteri kekal misteri.

akta rimba yang mengekang suara demokrasi rakyat, ISA semakin dibenci masyarakat. tu pon masih ada suara yang berkokok menyalak mahu ia dikekalkan. tolonglah. undang-undang zalim ini hanya terpakai pada pemerintah yg zalim. yg tahu hanya untuk menebalkan poket masing-masing. yg tahu hanya utk membesarkan banglo masing-masing. andai kedapatan rakyat berdaulat bersuara keramat cuba menggugat, siap siagalah, kerana akta ini akan langsung terpakai pada anda!!

makanya, rakyat skg sgt berharap akan kepekaan pimpinan ulama yg sepatutnya bertegas dalam mentang pelaksanaan ini dari terus mekar. namun, hampa yg kita terima rupanya. para mufti dan ulama terbilang tidak pula bersatu dalam menyatakan persetujuan menentang akta biadab ini.

terbaru, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria masih tiada ketegasan dalam mengeluarkan fatwa utk mengharamkan akta sialan ini. undang-undang ISA yg jelas melanggar prinsip keadilan Islam ini tidak cuba ditentang habis-habisan. mufti sepatutnya berani bersuara dalam menyatakan kebenaran, bukan mengikut telunjuk pemerintah siapa yg mahu dipersalahkan. terkenang kembali matan mufti selangor yg dipecat gara-gara kelantangannya. itu harga yg perlu dibayar kerana sudah tanggungjawabnya membetulkan yg salah.

andai ulama harapan terus kecut perut menyatakan kebenaran, negara kita takkan pernah dijamah aman. H1N1 semakin rakus menelan ketenangan. itu sudah tertunjuk, Allah punya pembalasan. tanpa perlu bom atom dihalakan pada kita, tsunami ganas memamah separuh negara, atau gempa bumi menggegar perut dunia, penyakit yg merebak ini sudah cukup sebagai peringatan bahawa kita masih tiada kesedaran.

apa pun, selamat berjuang kepada para pejuang Islam yg dahagakan kedamaian. benar, perjuangan takkan pernah senang.ombak derita tiada henti. tenang tegang silih berganti. inilah sunnah org berjuang..sesungguhnya berjuang menentang kezaliman itu ternyata pahit..kerana syurga itu sgtlah manis.

“Jihad yang paling afdhal ialah perkataan benar di hadapan pemerintah yang zalim” bukan perkataan yang berani di hadapan rakyat yang ditindas..titik



Leave a Reply