Sunday, August 2nd, 2009...6:45 am

sudah nasib kita..(dapat pemimpin yg bebal)

Jump to Comments

1 ogos 2009 - sejarah tercipta di mana ratusan ribu rakyat yg cintakan keamanan dan kedaulatan undang-undang berhimpun utk kesekalian kalinya, menuntut akta binatang yg terpakai sewenang-wenang - ISA - diluputkan terus dari peta perlembagaan Malaysia.

namun, apakan daya, pihak kerajaan pemerintah semuanya bertelinga satu dan berlidah dua. maka terjadilah apa yg telah terjadi. ratusan ditangkap, tak kira lagi yg cedera. semua gara-gara pihak polis dikerah utk kononnya menghentikan rusuhan. padahal telah jelas termaklum bahawa perhimpunan yg diadakan hanyalah utk meyerahkan memorandum berkenaan pemansuhan ISA kepada pihak istana. biasalah. polis mmg perisai terampuh yg pemerintah ada. itu belum lg tambah dgn pihak yg kononnya pro-ISA dr pertubuhan silat.

sangat mendukacitakan, bila mana pertubuhan silat yg sepatutnya neutral dari sebarang anasir politik, menyanggupi utk membentengi undang-undang sialan ciptaan kafir. jika ahli silat perseorangan, dipersilakan.itu hak individu utk berpolitik. tapi ini satu pertubuhan silat yang aku yakin ini semua angkara pucuk pimpinan atasan pertubuhan itu yg dgn bongkaknya mahu melindungi akta haram itu. sayang..pertubuhan silat yg terkenal gagah dgn semangat ‘Hang Jebat’nya, rela melindungi pemimpin zalim yg kebal dgn akta haram itu. bukankah laungan keramat ‘raja(pemimpin) adil raja(pemimpin dlm tulisan ini) disembah, raja(BN la senang cite) zalim raja(lagi sekali,BN.tak nak org salah fhm aku derhaka kt Sultan plk) disanggah itu mainan kata si Jebat??sekali lagi, aku yakin keputusan mereka utk pro-ISA bukan pilihan pengamal silat itu secara individu.silat bukan utk melindungi kepentingan politik, melainkan sbg kubu pelindung buat agama, bangsa dan negara.

sayang..aku tidaklah menidakkan takdir Allah yg telah menganugerahkan kita pemimpin bertelinga satu lidah bercabang ni. tinggal lagi, kita perlukan kesedaran seluruhnya utk bangkit menyedarkan pemimpin-pemimpin ni. memang, kedapatan suara2 sumbang yg terhegeh2 menarik perhatian.

“kenapa perlu merusuh (berhimpunlah bodoh!!!bukan merusuh!!)???kan kita masih boleh berunding di meja bulat. lagi pun kerajaan sedang berbincang utk meminda akta ISA.tak payahlah nak buat riuh.”

masalahnya, apa guna berunding dengan org yg batinnya tuli, warasnya pekak??takkan tak sedar lagi kemarahan rakyat yg cintakan keamanan. rakyat tak nak dengar pina-meminda ni. kami semua nk ISA DIMANSUHKAN SEGERA!!!tak perlu diulang suara kerana dah beribu-ribu kali ingatan ini disampaikan, dari dulu, kini dan selamanya.

dan, terjadilah apa yg telah terjadi..bongkaknya pemimpin kta ni semakin menjadi-jadi. rakyat diperbodohkan dari sehari ke sehari. mangsa mainan akta haram itu makin menderita hjung rambut ke hjung kaki.

sudah nasib kita agaknya, dapat pemimpin bebal sebegini. bak kata arwah Tan Sri P. Ramli.

“nak buat macamana.sudah naseb badan….”



Leave a Reply