May 10th, 2009

SAUDAGAR BESAR DR KUALA LUMPUR _ keris mas

agak lama juga minda aku tidak menjamah sebarang hidangan bacaan yang agak serius. seingat aku,kali terakhir perut pemikiran aku tersenak oleh pembacaan yg tidak terhadam adalah sulalatus salatin, karya tun sri lanang yg disusun semula oleh saudara a. samad ahmad. asalnya sekadar mahu berlakon ambil tahu perihal akar sastera melayu,namun hanyut akhirnya utk terus merobek isi karya itu.

utk kesekalian kalinya,aku melangkahkan kaki ke toko2 buku - sekadar membunuh masa senggang dan kiranya kedapatan buku yg menarik perhatian,mgkin tersurut sedikit isi dompet yg memberat dgn resit belian dan kertas baki pengeluaran di bank. berlama-lama di kedai buku barkath,berhadapan pasar borong sakan (smbil mengusha sorg awek jg kdai yg agk cun.hehe..), arah mata tertancap pada suatu nama besar dlm pengkaryaan hebat di malaysia - keris mas. saudagar besar dari kuala lumpur,aku kira ini mngkin introduksi yg bagus utk aku menyelami lautan pengalaman sasterawan negara pertama ditabalkan kerajaan malaysia ini..

menyorot kembali di awal pertumbuhan pucuk minat aku pada sastera melayu,buku antologi puisi karya marzuki ali yg berstamina tinggi,semangat berapi itu yg mengongsikan bara utk terus aku menjejaki lain-lain karya yg dapat tetap memberi aku kepuasan, malah kepeningan utk dibaca.buku yg terbeli utk menghabiskan sisa baki duit lebih berjoli di sebuah gerai pacak yg menjual buku2 lama terpakai.syukur,walaupon tidak selayaknya buku hebat itu tertayang di situ.

saudagar besar dr kuala lumpur karyaan keris mas ini menunjukkan kematangan penulisan yg tinggi,aku kira ini tidak akan dijumpai dlm karya pop tulisan ahadiat akashah,sharifah abu salem dan lain2 penulis.novel tebal ini memaparkan suatu persoalan yg relevan hingga kini, tentang kemunculan bisnesman melayu dan giatnya gerakan dakwah Islamiah di kalangan generasi muda.menerusi novel ini, keris mas menyimpulkan bahawa dalam usaha mencari kekayaan dan kemajuan, asas keagamaan harus dikuatkan supaya arah kemajuan yg hendak dicapai tidak menghancurkan bangsa dan agama ( disalin kembali dari cover belakang novel)..

setiap watak yg terlahir dalam novel ini,sgt berpengaruh antara satu sama lain,sama penting walau berbeza letak duduk pangkat dan darjat mereka (mungkin beliau mahu kita sedar,setiap insan itu mmg tidak ada yg kurg penting antara satu dgn yg lain).krisis,romantis,pertembungan idealis dan individualis antara anak-ayah,keruntuhan ego seorang yg gagah di pencak perdagangan pada seorng muda alim yg warak,cantik tersusun indah membentuk plot-plot yg mamberahikan nafsu membaca utk terus dihabiskan helai demi helai.

politik,perbezaan darjat,kesedaran dalam pengukuhan pegangan agama,turut melengkapkan rencah buku tebal ini.berkenaan darjat dan kasta,aku teringat tulisan cerpen abdul rahim kajai yg aku lupa tajuknya, tentang ketaksuban org melayu di era pra dan pasca merdeka yg mengagung2 keturunan yg berdarahkan bangsa arab,hingga dicium disalam tangan mereka, seprtinya bangsa melayu ini tidak punya jati diri dan kebanggan sendiri.sedangkan rasulullah sendiri tidak mahu umatnya terbeza2 oleh bangsa dan warna kulit,melainkan iman itu yg dijadikan kayu ukur.

kmbali pada novel keris mas td,sekadar memetik kata2 suatu watak dalam karya ini - rahim dalam surat kepada tunangannya,mahani..

“pembangunan yg berjalan sekarang di dunia membangun,di negara kita khususnya,adalah pengadunan dan pembakaran kuih resipi Barat utk makanan barat.
jika ini berjalan terus, kita akan menjadi dapur yg membakar diri sendiri utk dunia di luar dunia kita.
memang tidak ada apa2 yg salah dalam resepi ini,tetapi ia bukan utk selera kita.”

tatap dan hadamlah sendiri novel ini.

April 1st, 2009

lawaknye di tv3..gelak sampai mencarut2..

dh bape hr dh aku rs kt tv3,disiarkan peri baiknye pak lah spjg mnjadi
PM.lntaklah,aku bukan mnt sgt pon nk tngok.soarng mmebr aku pon tgurlah
sikap aku ni,yg agk terang-terangan mmg tak penah hingin memuji pakcik
sorang ni.dia ckp,bile kita tngok rncngn tu,kita blh cite kt ank2 kita
nnti,bile ank2 tny pasal hl sejarah pak lah..

aku pon ngn sinis
jwb blik,”ni la cntoh terbaik bahawa iman tak dapat diwarisi,dari
seorang atok yg bertakwa!!” sambil mnyanyi2 lgu Raihan ‘iman adalah
mutiara”..

tp nk dijadikan cite,aku lynkan jugakla..sbb kt umah
org kan.lgpon time tu mmg xde cite ape pon nk tngok kt tv lain.smbil2
mkn nsik lemak beli kt pasar mlam..dokumentari mengenang jasa pak lah
ni bg aku xde masalah.dr hal penceritaannya,mmg mnarik minat la,bg
sesapa yg memuja pak lah ni.aku pon xdela bermusuh ngn dia pon,jd dlm
hati aku tetap berterima ksih kt pak lah sbb sggup jd PM pd kami2 yg
xsudi pon pada pemerintahan umNO nih.cuma yg membutakan aku sakit
hati,sbb dia pass kuasa dia pada najib, yg terang-terangan inilah
keputusan paling bodoh penah aku tngok pak lah buat.hamjadah..najib tu
scara total dh jd musuh no1 org2 perak.lntakla pada penjilat dubur dorg
ni,tp aku mmg xsuke najib.dia comot dgn sgala mcm masalah,berbanding
kehadiran pak lah yg segar sbg ‘mr. clean’, di awalnye lah..

dlm
rncngn dokumentari ni jgk,pak lah dijunjung bagai seorg pmmpin
hebat.mmg dia hebat,tp mgkin sdikit tersilap landasan.lntklah,tu
permainan dorg kan.dgn jajaan Islam hadharinye,puncak baru di kg baru
yg bakal melingkupkan org melayu seluruhnya,dgn tag line mahalnye mcm
‘bekerja dgn saya,bkn utk
saya’,'cemerlang,gemilang,terbilang..(temberang,sembang tinggi xmau
tumbang???), pak lah dilorek cntik ckup perfect..di awal
pemerintahannya,pak lah ada menyatakan manifesto utk menghapuskan
kemiskinan tegar,Islam hadhari yg mengambil kira ketamadunan
sosio-budaya dan tatasusila,dan macam2 lg omong..agaknya Islam hadhari
mmg menghalalkan judi,arak,kelab2 malam agknye,sbb mkin byk plk skg..

yg
jd lawaknye,elok lepas dokumentari mengenang jasa pak lah tu,360 plk
mengambik giliran..keuntuhan akhlak di chow kit road dan lorong hj taib
jd tontonan..mcm kebetulan yg menidakkan segala mcm manifesto pak lah
awlnye td..aku pon tegelakla sorg2..dgn hal2 org jual ubat kuat
haram,perihal penjaja seks murahan dan mcm2 lg,menampakkan segala pelan
pak lah dlm memperbaiki adab dan kesopanan masyarakat kita tu bukan
setakat tak menjadi,malah hmpir mengarut!!

ada jugak diambil
pandangan ketua polis dan dato bandar kl.mcm biasa,dorg ni pon perangai
sebijik mcm ahli politik BN,alasan seribu bagai..kami dh jlnkan
operasi,kami dh buat operasi pembersihan,dan mcm2 lg wayang yg cuba
menggambarkan mereka ni buat keje.persoalannya,kenapa stil adelg
masalah sosial ni???walhal dah bape tahun kita merdeka.kenapa semakin
teruk barah sosial ni.agaknye sebab barah,mmg xdpt diubati kot.

pastu
mencantikkan lagi regu yg menampakkan kegagalan kerajaan pimpinan
pakcik kita ni,rancangan bersamu.aku suka tngok rncangan.peri payah
hidup org susah,yg kdg2 tak terjangkau dek akal kita,dh lama kita
merdeka,masih ade yg tersepit sebegitu.nmpaknye,byk lagi yg sepatotnye
pak lah perbaiki,dan menyerahkan tggjwb pd najib bukanlah jawapan
menyelesaikan masalah..

entahlah..politik kedai kopi mcm aku ni,bukan ke mana pon..tp perncangan kita cntik cmne pon,ketentuan Allah jugak yg terbaik..

March 31st, 2009

DERHAKA; TAFSIRAN SEBENAR DAN MAINAN MEDIA PERDANA

alhamdulillah..jumaat yg lalu,Allah pjgkan langkah aku ke masjid..utk melaksanakan tggjwb selaku umat Islam..jumaat penghulu segala hari,yg pny segala mcm kemuliaan yg Allah jnjikan dalamnya..yg mana haurs kita gali dgn mata hati sewajarnya,tanpa berkira-kira akan halangan yg menghadangi laluan..syukur,di kedah permai ini,jumaat merupakan cuti umum..yg ckup bertuah diraikan jumaat mulia ini,tanpa kekangan tanggungjawab tugas yg sedikit menyesakkan..

agak bertuah juga,bilamana jumaat itu,sekali lagi aku dan penduduk langkawi yg lain merasa agak bertuah,berkhatib dan berimamkna al-adhil al-uztaz dato dr haron din..ulama besar ini siapa berani bilang tidak kenal.ucapan dan penyampaian beliau tenang,namun tetap bergetarkan tegas di ruang-ruang katanya..bolehlah dikatakn,antara kenangan manis sepanjang berada di langkawi ni,adalah berada dalam majlis ilmu yg turut disertai oleh ulama besar ini..

pada hari itu,beliau menyampaikan khutbah yg asalnya aku kira menyentuh perihal tanggungjawab media di malaysia dalam menyampaikan kebenaran..beliau bermula dgn berkali-kali mengingatkan para jemaah supaya terus-terusan menyemai rasa takut pada Allah swt..rukun khutbah yg wajib ditekankan,itu aku sedar..dan bilaman beliau terus ke topik,beliau agak lantang,dalam irama yang tenang,menegur ragam media kita yg sgt2 lah tidak menyampaiak kebenaran,malah hanya kepalsuan yg jadi modal.beliau turut menyatakan kekesalan apabila hiburan terus-terusan jadi wadah halwa makanan para penonton yg semakin hari semakin memnta disuap-suap dgn hiburan yg melalaikan..

terus beliau menyentuh hal derhaka yg tika ini sgt galak diwayangkan oleh media yg menjajah pemikiran perdana rakyat dewasa ini.ya,derhaka pada sultan yg ditekankan sgt berlebih-lebihan berbanding derhaka pada Allah dan rasulNya yg tidak cuba dijdikan iktibar atau peringatan..aku mula berfikir sendiri,bila media yg berkuasa memancarkan dilema pada rakyat bahawa tersangat agunglah sultan itu hingga didaulatkan melebihi Allahu Akbar,maka jadinya pincanglah..

dalam hujahnya,beliau menekankan bahawa dalam Al-Quran pegangan kita,konsep derhaka itu sgtlah jelas pada 4 perkara utama..nmpak gayanya,media kita lupa penekanan wajib diberi pada yg 4 ini..ianya adalah derhaka pada Allah dan Rasulnya..mngkin ini yg cuba dilupai oleh media perdana,bila pendukungnya sendiri adalah mereka2 yg jelas derhaka pada Allah dan rasulnya..saf pimpinan mereka terpalit najis rasuah yg menjahanamkan..itu pilihan mereka..

keduanya,derhaka pada ibu bapa..ini telah jelas ternyata dalam al-Quran,malah hadis2 Rasulullah jua mengukuhkan,derhaka pada ibu bapa itu selayaknya tetap ke neraka..ketiga,derhaka pada warga pendidik dan guru.selagi mana guru itu mengajar berlandaskan agama tanpa sedikit memesongkannya,wajib kita ikuti tanpa sedikit dikesali..sgtlah mendukacitakan,hari-hari terkebelakang ini,anak-anak kita terang-terangan memusuhi guru-gurunya sendiri..

keempat,mgkin ini yg disetujui media.itu pun dgn biasan yg sgt mendengkelkan.derhaka pada pemimpin..namun patut diingat,kita WAJIB derhaka pada pemimpin yg jelas derhaka pada Allah dan Rasulnya..mungkin sirah khalifah besar kita,Umar al-khattab wajar dijadikan pengajaran..

tika mana Saidian Umar diberi mandat menerajui kegemilangan Islam selepas kewafatan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar,beliau berhujah..antara lain maksud hujahnya ialah..

”ikutilah aku selagi mana aku taat pada Allah dan rasulnya..tapi belakangilah aku bilamana aku membelakangi llah dan rasulnya.”

tiba-tiba tampil seorang pemuda dari sekalian rakyat yg ramai itu,menghunus pedang dan mengacu tepat ke arah Saidina Umar..

”jika kau menderhakai Allah dan rasulnya,aku tidak akan teragak-agak mengadilimu dengan pedang ini hai Umar!!!!”

tersentak semua yg hadir,namun tidak Saidina Umar..beliau tersenyum bangga malah menyebut2 kegembiraannya mempunyai rakyat yg berani seperti itu..

agaknya apa akan jadi pada pemuda tu kalau diacu keris pada sultan dan menjerit ‘’sultan adil sultan disembah,sultan zalim sultan disanggah!!!” ???confirm buang negeri,walhal tanah bumi ini total hak Allah,bukan mana2 makhluk,hatta raja agung sekalipun.busuk-busuk pon,ISA dh tentu..

aku lebih suka memikirkan hal ini dr perspektif pndangan aku sendiri,selaku Islam yg melayu..ya,melayu takkan derhaka pada sultannya..namun andai dipilih,aku lebih takut utk derhaka pada Tuhanku..

March 10th, 2009

PEMBUNUH PERADABAN SEJARAH MELAYU…INGATLAH!!!

salam..penulis bolehlah dilihat sebagai pesilat mentah yang cuba bergelanggang di medan tempur persuratan.namun,bila mana darah yang mengalir kencang di segenap urat jasad ini pekat merahnya dengan nama Melayu,digagahkan jua kuda-kuda keyakinan,berhunuskan keris pena tajam menikam helaian putih (pakai keybord plak skg nih)..

PPSMI,bukan isu kecil-kecil anak untuk ditidakkan,untuk dipandang enteng.isu berat yang melibatkan seluruh institusi melayu secara khususnya.ia ibarat barah,pembunuh yang amat sunyi..

sangat mengecewakan,bilamana pihak pemerintah yang kononnya pelindung kelangsungan hidup melayu dan islam,seperti sengaja menelanjangkan maruah melayu itu sendiri.umur kemerdekaan kita tidaklah lama mana,jika dibandingkan usia penderitaan nenek moyang kita dicengkam penjajahan.malah,sesudah menghirup udara merdeka sekalipun, jerebu penjajahan masih lagi menyesakkan ruang rongga kita. kini jerebu ini mula menebal di ruang atmosfera pendidikan negara..

keputusan mempertahankan pelaksanaan PPSMI sangatlah menyesakkan nafas pencinta-pencinta peradaban melayu Islam, ibu bapa, guru-guru, cendekiawan, pengkaji sejarah, ilmuan, alim-ulama dan……(senarai ini semakin hari semakin bertambah..)

hanya dengan beranggapan bahasa inggeris itu bahasa antarabangsa, bahasa ilmu (kononnya), nampaknya pihak yang kononnya memperjuangkan kesatuan melayu ini sendiri menelanjangkan pekung mereka yang bagaikan tidak mengakui bahasa melayu itu sendiri boleh bertindak sebagai bahasa ilmu.lupakah mereka, bahawa dalam kitab-kitab sejarah di sekolah mereka sendiri, unsur yang membentuk tamadun bangsa itu ada enam..

keenam-enam unsur tersebut ialah penempatan manusia si satu atau beberapa pusat bandar yang strategik, hayat penghidupan stabil yang panjang, organisasi dan institusi sosial dalam bidang agama, politik, ekonomi, sosialisasi dan pendidikan yang teratur dan sistematik, BAHASA ATAU BEBERAPA BAHASA SERUMPUN DENGAN SISTEM TULISAN TERSENDIRI YANG MENJADI PERANTARAAN KOMUNIKASI, PERAKAMAN, PENYAMPAIAN DAN PEWARISAN KHAZANAH ILMUNYA, undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dan perkembangan daya kreativiti seperti seni, sastera, falsafah dan lain-lain lagi penciptaan sains dan teknologi.

semua pihak sewajibnya sedar, keenam-enam unsur ini TIDAK BOLEH wujud berasingan. andai tiada hatta satu pun, runtuhlah sesebuah tamadun bangsa itu. bayangkan sejenak, tamadun Malaysia yang bertunjangkan enam unsur ini, dicabut keistimewaan hak bahasanya, bahasa melayu untuk dijadikan media penyampaian ilmu di tanah lahirnya sendiri, tidak dapat tidak, kita ibarat menggali kubur bangsa, dan jenazahnya bahasa melayu itu sendiri. peradaban melayu bakal kekal dalam lipatan sejarah, yang akhirnya dilupakan..

jangan lihat jauh..cukup diperhatikan, apa yang berlaku pada tulisan jawi. tulisan yang diadaptasi dari tulisan arab yang diasimilasikan secara bijak oleh nenek moyang kita dengan kedatangan Islam dan kebudayaan melayu senusantara, akhirnya hanya selepas lima dekad kemerdekaan, tulisan jawi kebanggan moyang kita kini terkubur begitu..ya,itupun kadang-kala menghiasi nisan-nisan, jua di perkuburan..ini yang dikatakan, anak cucu yang tak mengenang budi…

mereka jenuh berkeris berdarah mempertahankan maruah bangsa dan agama untuk diwarisi anak cucu. kita, anak cucu derhaka (derhaka, perkataan paling femes skg ni) sewenang-wenangnya menjual maruah bangsa..berdikit-dikit kebanggan kita diragut anak cucu tak mengenang budi ini..

nama Tanah Melayu kebanggan terlucut, diganti malaya, kemudian malaysia..apa pun kini malaysia ini tetap nama kebanggaan kita jua..sedihnya, bahasa ibunda juga turut mahu dilacur, diganti bahasa inggeris. kononnya ia bahas ilmu. apa aristotle itu berbahasa inggeris??apa plato, ptolemy, pitagoras berbahasa inggeris??apa ibnu sina berbahasa inggeris?apa al-farabi, ar-razi, ibnu khaldun juga berbahasa inggeris???apa al-quran itu berbahasa arab,hanya untuk orang arab???bahasa hanya media penyampaian, tanpa kisah bahas apa pun. cumanya ia juga pakaian bangsa bertamadun, maka harusnya bahas melayu itu sendiri kekal sebagai bahasa penyampaian ilmu di tanahnya sendiri..

apa yang penulis borakkan ini, hanyalah mencelah pada peri pandangan yang telah terlontar dari sasterawan, cendekiawan dan ilmuan yang telah sama-sama dari dulu lagi memperjuangkan survivaliti bahasa melayu. penulis mungkin berpencak di gelanggang yang salah, berjurus longgar bertari sumbang..namun penulis pesilat bahasa yang muda.suara muda akan jadi suara tua, sampai masanya bisu bila usia sudah dikhatamkan kiraannya..penulis cuma mahu merasai, hebatnya tamadun bangsa melayu yang tercatat teguh dalam karangan abdullah munsyi, tun sri lanang dan ramai lagi..insyaAllah di lain medan masa, bahasa melayu terangkat ke tempat selayaknya..

March 10th, 2009

MUHAMMAD S.A.W

kalut!!!haah,dunia makin kalut.nth kat mana silapnya,insan kian tergelincir dari landasan yang sepatutnya.sendi kebenaran pon kadang2 tergeliat,dek fitnha melampau tajaan laknat2 yg menderhakai ketulusan kesusilaan.jgn pergi jauh,ckup di malaysia sebagai layar latar bicara ini..

isnin ini,umat Islam seluruhnya akan menyambut tarikh keramat 12 rabiulawal,tnda kehadiran insan agung - Muhammad saw..di kala itu,api majusi yg gagah bernyala,terpadam.penganutnya terpana,terpempam.Mekah diterangi cahaya.runtuh istana kufur.lenyap langsung keangkuhan tentera bergajah.isyarat kelahiran kebenaran yg jgn cuba disangkal dek akal.isyarat rahmat Allah diturunkan,pada sekalian makhluk cptaannya,tidak hny terhad pd manusia,bahkan arab.aku percaya,Muhammad diturunkan pd bgsa arab tika itu,bukan kerana kemuliaan mereka,tetapi kerana keterlampauan mereka yg melebihi had kemanusiaan..maka pada mereka diturunkan Rasul penunjuk jalan,yg kini dialah insan agung yg tersemat namanya di kalimat syahadah,tnda pengakuan kata,hati dan perbuatan seorg makhluk yg mengakui Islam itu agamanya,Allah itu Tuhannya..

namun,ckupkah kesedaran yg hakikatnya,Muhammad ini pesuruh ke arah yg lurus pada kita di Mlaysia???bila mana Muhammad ini dicerca,dipermainkan kenabiannya dgn kemunculan nabi2 palsu dan penipu.kita hanya mahu geleng kepala,tanpa sepatah teriak yg mnunjukkan amarah.namun bila sultan dan raja yg hukumnya sm di akhirat sana barisnya dengan kita,hatta lebih berat hukumny andai teralpa dgn kuasa,raja ini diusik duduknya..bertempiaran kita menunjuk belang,menjrit lantang - bangsat kau penderhaka!!!

ya..melayu itu setianya pada sultan,sudah tentu.itu kontrak sosial yg sudah ditandatangani dgn baiah sang sapurba dan demang lebar daun..namun bagimana dgn jnji kita pada Allah di azali sana,menunjukkan setia pd RasulNya??di media celupar sana,kita lihat sendiri fitnah penjilat dubur celaka pada mereka yg benar,kononnya sultan dijentik duduknya.alangkah baiknya,di hari2 peringatan Muhammad ini,sultan itu jgn diisukan sgt,melebihi nabinya sendiri.maksumkah sultan nk dibandingkan dengan nabi??darah raja tetap merah,tetap hanyir..bukan keluarnya emas bila luka,baunya wangi semerbak..

Muhammad insan agung..cntoh terbaik ikutan paling sempurna.raja manusia di syurga sana..selawat salam atasmu ya Rasulullah..rindu umatmu padamu tidak sehebat kasihmu pada kami ya habibullah..kami malu mengadapmu,sedang kau di saat mendekati sakarat,masih menyebut2 nma kami,umatmu..semakin jauh jarak masa antara kami denganmu,semakin rakus dunia dan nafsu merajai kami..kami ketandusan pemimpin sehebatmu ya Rasulullah..yg ada kni,mereka yg gilakan kuasa..jg periuk kroni..fitnah sana sini..mengagungkan raja dunia melebihi berselawat padamu..melebihkan daulat tuanku berbanding allahumasoli a`la muhammad..walhal di alam sana,semua yg bertelanjang ini berlari2 mencarimu,mengharap syafaatmu ya Nabi Allah..

Allah mengasihimu,Muhammad..kami menumpang kasih Allah padamu sebagai umatmu,umat plihan..

Selamat hari lahir,wahai kekasih Allah..

February 13th, 2009

gelanggang raja badut NoNo

arakian di sebuah negeri bahagia adanya,negeri Silver diberi nama.Santun luhur peribadi rakyatnya,tak tercela sesiapa.adapun hamba rakyat di negeri itu amat menyanjung tinggi perihal titah baginda raja,King gelarnya.barang disuruh akan ia pada rakyatnya hidup bermakmur damaikan negeri tercinta,disahut dijunjung atas kepala akan sekalian rakyat jelata.tambah terbilang regunya,paduka bendahara nizra empunya nama.maka hidup rukun permai sekalian jelata,yang mana orang berbuat seloka akan ia..

`yg tempang ditumpangkan org,
yg buta dipimpin org,
yg miskin dicukupkan org,
yg kaya berkongsikan senang`

hatta melihatkan senangnya,makmurnya,kayanya,bahagianya rakyat jelata negeri Silver,resam pendengki gamaknya,datang iri padanya akan sebuah negeri yg busuk hati setiap pemimpinnya.sedang rakyat jelata menadah tangan di tepian jalan meminta dititiskan belas ehsan,org-org kaya negeri itu hanya memandang cebik rakyat jelatanya.sudahlah meminta sedekah,mangkuk-mangkuk tadahan mereka hanya diisi ludah..ish,ish,ish…begitu barang buruknya hati org-org kaya negeri itu.negeri NoNO nama diberi..

malanglah sungguh rakyat NoNo,berajakan pacal hina berhati bangkai.raja bijan altantuya dihikayatkan.dalam mengintai damainya SIlver dibawah payung mahkota King,dengan org-org kaya NoNo bijan si bangsat berbuat pakat.

“beta mahu runtuhkan kerajaan Silver!!biar dunia mengerti kita NoNo berkuasa!!!”,bongkak si bijan.

“patik pacal tahi bijan stuju!!!”,bodek org-org kaya NoNo.tahu mereka,andai raja mereka itu mahunya tidak dituruti,alamat tersangkutlah limpah ruah harta yg mengenyangkan mereka.andai terguris hati si bijan,tak dapatlah kontrak-kontrak juta-jutaan yg mengisi kantung kemewahan mereka.itulah hrta yg mahu diperturunkan pada kroni-kroni mereka,keturunan mereka.makanya hak haramlah yg dijadikan darah daging mereka.nauzubillah…

“akan dikhuatiri tuanku,rakyat Silver itu gagahnya luarbiasa.itu negeri org-org berjasa.rakyatnya walaupun makannya hanya sekadarnya,kuat mereka tidak ada duanya.rukun damai hidup bersama,walau kulit berlainan warna,berlainan pegangan agama,” celah seorang lg org kaya NoNo..

“cisss!!!jgn kau berani memuji lawan di hadapan aku!!!” si bijan menge`cis` pacalnya.cukup marah akan ia andai sang lawan dipuja-puja,walau dia tahu itu hakikatnya.

dtg seorang lg org kaya berkepentingan negeri NoNo,menyembah buah fikir geliga yg menjahanamkan,”adapun tuanku,negeri Silver itu boleh kita empunya andai King dan paduka bendahara nizra kita perbuat balah akan mereka.”

senyum sinis si bijan durjana,mendengar peri pandangan si org kaya.itu mahunya.ya,usah diperangi mereka dengan senjata.itu merbahaya.adu dombakan saja pucuk pimpinan mereka,perbuat rakyat jelata menderhaka!!!

arakian dipendekkan cerita (malas nk cite pnjng2),kerajaan NoNo dengan kekuasaan harta yg mereka banggakan,berjaya jua ia memporak-perandakan kerajaan Silver.org-org kaya laknat NoNo,berbekalkan pelan penjajahan yahudi yg dipinjam dari tanah Asia Barat sana,menculik 3 org kebesaran kerajaan Silver.makanya robohlah pintu damai negeri Silver yg selama ini diselia eliknya oleh King dan paduka bendahar nizra.si bijan melangkah angkuh ke istana,meminta damai dengan rakusnya,agar King segera menjatuhkan duduknya paduka bendahara nizra.

dihikayatkan penglipur,adapun paduka bendahara itu amatlah cekal hatinya,baik pekertinya.memohon ia akan King agar jangan raja termakan hasutannya si bijan durjana.itu hanya makhluk perosak mahu melihat Silver derita.akan King,tidak ada pilihan duanya,termakan ia akan fitnah dusta si bijan dan kroni.

maka berundur paduka penuh setia,namun tetap bermadah tegas berjiwa,”ampun tuanku,patik mohon sembah derhaka”..

maka bersorak si bijan dan org-org kaya hati buaya,ibarat Malaysia menang piala dunia lagaknya.ya..itu mahu mereka.sembah derhaka bahasa istana,jadi modal bercerita pada rakyat jelata.maka diwayangkan perihal paduka bendahara sudah derhaka,dalam wayang-wayang kulit janaan mereka.adapun rakyat-rakyat negeri Silver itu cerdiknya tidak berdua,tahu mereka salah benar hujung pangkalnya.tahu wayang-wayang permainan penjilat dubur si bijan itu hanya dakyah mengabui mata..

dalam bnyak rakyat jelata,ada org kaya berhati waja mahu bersuara.en ship diberi nama.mahu disaman King ikut lunas perlembagaan termaktub.namun tersilap langkah,tersalah kasut.jadi modal si bijan dan kroni meniup hasut.maka,jadi mangsalah en ship untuk sewaktu dua,wayang-wayang kulit habis memaki akan ia,ikut skrip tulisan si org-org kaya NoNo.

shahdan,rakyat jelata Silver tidak termakan jua.umpan murah dunia,walau emas gadaiannya,tidak sama dengan pendirian keadilan yang jadi asuhan.maka disembah rakyat jelata akan King,minta difikir semula barang buruk yg tak ada baiknya akan si bijan durjana,perbuat khianat akan negeri merdeka.

NoNo pimpinan bijan laknat itu sendiri lupa,mereka lebih teruk menderhaka.derhaka dalam erti kata derhaka yg sebebnar-benarnya.rakyat negeri Silver terpelajar orangya,digeledah khutub khazanah negara.mencari akan mereka kebiadaban kerajaan NoNo bangsat.

1983-NoNo cuba meminda perlembagaan persekutuan akan hak kekuasaan yg dipertuan agong dan raja-raja melayu.malah,dihentam teruk raja-raja melayu oleh NoNo,menghina akan hak raja-raja itu.

NoNo yang termafhum angkuh,cuba jua melingkupkan kesultanan negeri bersebelahan kerajaan Patani suati waktu dulu,siap diusungnya pengganti raja baru.apa kira mereka,sultan itu layak ditukar-tukar macam tukar a.j.k rumah sukan sekolah-sekolah????sungguh cis sekali peri pekerti org-org kaya NoNo.

banyak lagi kebiadaban org-org kaya NoNo,sedari dulu,kini dan selamanya.harap King celik mata,buka telinga akan rayuan hamba jelata yg mengharap keadilan dan kebahagiaan seperti dulunya.rakyat jelata jua berasa bertuah berpimpinkan paduka bendahara nizra yg fasih dengan kemahuan dan kemakmuran rakyat jelata di Silver..

didoakan agar hayat sibijan durjana itu jua dilanjutkan usia,agar malu ia menanggung celaka,dek pembinasaan yg dilakukannya.Biar ia sempat punya hayat untuk bertaubat dan ingat,harat pangkat dunia ini pinjaman yang sementara.di hadapan Allah kelak,kita hamba hina meratap dosa berkepuk-kepuk membeban di tangan kiri..

atau si bijan dan org-org kaya NoNo seluruhnya hanya berlawak jenaka,bermaksud memecah hening panggung raja lawak.ketahuilah olehmu wahai si bijan durjana,lawakmu itu,mual semual-mualnya..

February 8th, 2009

seloka org-bujang-tak-boleh-tido

malam ni aku terjaga lg..mcm mlm2 yg sebelumnya..tido xlagi lena..salah bantal,bukan punca utama..alih kiri,alih kanan,tetap tak kurasakan sempurna..mata mntak menganga..perut mntak diisi segera..

dalam kepayahan,aku gagahkan jugak langkah badan..kewajiban isyak,lantas aku tunaikan..mungkin ini penyebab mataku tidak meredhai kelenaanku..sedang tggjwb terhadap Khaliq belum terbela,jgn berani kau pejam mata..andai mata bisa mengomel,mungkin ini yg dibebelkan padaku..

selesai tggjwb rukun kedua,kopi dibancuh memikat deria..membuta bukan lg agenda utama..bukak paper utk smbung dibaca..namun fitnah melampau si bangsat durjana mengebiri selera..andai dilayan tanpa periksa,mahu saja kutumbuk kulenyek empunya berita (mingguan)..marah betol nih..

kreko ditatap menjemput ceria..ES21,naruto,monster,tatapan utama..xsabar menunggu isu seterusnya..ROTTW membuka minda,menjana jiwa..indah terbuai alunan Cromok,peneman setia..langsung terlupa jam sudah hampir 3..dik cerdas gedung ketawa..meleleh air mata menahan seloka..terlangsung budak bijak berkata,spontan bertanya..harap jgn begini zuriatku di hari muka..andai begini,alhamdulillah,kusekeh-sekeh kepala..

si kapok dicapai,memecah hening sepi malam..la~la~la~..ibarat si mabuk gentayangan..menyanyi tanpa hala tujuan..mana pitching,mana sumbang yg perlu diperbetulkan..ahhh!persetan..ini bukan studio rakaman..lantakla..

toing!!!!!putus pulak tali e!!rabak pulak poket esok pagi..bergitar tak cukup tali memang menyakitkan hati..tu la,bend tak igt langit,tak ingat bumi..aku yg rugi sendiri..

mata tau masanya..ini waktu elok untuk terlena..dilayankan sgt bersuka-suka..mau terlajak subuh esoknya..dah,tido dulula gamaknye ye..baca basmallah dan ap2 yg patut..semoga dilindungi Allah hgga kokokan ayam mengejut..ZZZZZZZ~~~~

February 6th, 2009

langkawi - perak- langkawi

huh.,pnt yg amat.perjalanan yg amat memenatkan..dr langkawi sampai ke bagan serai,aku terpaksa melalui perjalanan yg memakan 6 kali menaiki bas.dgn beralaskan 4 keping roti canai di pagi hari,aku kira itu sudah memadai..

sampai di shahab perdana,aku berkira-kira semula andaian awal aku,yg memungkinkan 4keping roti canai itu ckup meruangkan perut aku dh rasa lapar.cet,tak cukup rupenye..aku apa lagi,mencari secepat mungkin roti ban untuk dibelasah,sementelah dompet hanya menayangkan beberapa keping duit hijau plastik.salah belanja,alamt berkampung kt bas stopla.

masa nak bayar tu la,kebetulan tv kat kedai kecik ni tayang buletin 130,tv3..ramai berpusu2 nk tngok sm.rupenye org kedah pon prihatin dgn kjadian yg menimpa saudara sepolitik mereka di perak.aku pon ape lg,berderau adrenalin dgn kenyataan sombong si altantunya,yg mana drama yg berlanjutan tu memungkinkan bangsat negara menguasai semula perak.bg aku - ini semua pelan penjajahan baru yg dorg pinjam dr yahudi laknat!!!

masakan tidak.mungkin hdung aku agk sensitif,walaupon selalu tersumbat.adun bota yg melompay parti,semacam direstui diawalnya,sebab aku tak rasa ada kenyataan keras yg keluar dr pihak2 berkaitan,terutama si bangsat.kalau setakat pelan nk adakan akta menghalang pelompatan parti,dr dlu lg septotnye dh timbul isu ni..tp skg,laungan xsekuat mana.setakat pakcik-pakcik nk tnjuk jaguh,mcm budak-budak lawan mencarut lagaknya.

alih2 si pakcik bota lompat blik ke parti asal.eh,ade plk gitu???tu takpe lg.episod malang terus melanda Pakatan Rakyat bila mana adun2nye yg 3 orang tu main nyorok2.pulak dh.tua2 pon main nyorok2 lg.tp bdk2 tua mmg gitu perngainye..hulur `gula-gula`,klua la dia..siap main hntr2 surat lg.hampeh…

mmg byk yg jd persoalan.rsnye ramai yg dh tngok media,paper si bangsat2 nih.so,lg tau la ape yg jd..

aku xberani nk layan lama2,takut tertinggal bas.sampai di butterworth,bgn peel mcm2 drebar basnye,aku layankan je la.stelah sngkut agk lama di parit buntar,samapia gk aku ke rumah di laman padi aman damai..bagan serai..

nk jadi cerita,aku tngok tv1 smbil mkn kopok ikan,adik aku goreng.nak tersembur segala kudapan yg dikunyah2 dlm mulut aku,bila mana dgn tak malunye si pkcik2 yg xbermoral ni guna institusi diraja utk mencantikkan lg pementasa drama dorg.sape kata dorg ade hak nk bntuk kerajaan baru??

28 BN,28 PR.yg 3 lg tu,bebas.mknanya dorg xblh dimasukkan dlm mn2 perkiraan walaupon kononnye dorg menyokong bangsat.kalau betol sokong,msuk dlu BN,baru cite episod baru.ni mcm tngok cite bawang putih bawang merah jdnye!!!

bila di surau ms maghrib,aku nmpk kesungguhan para jemaah semua.

“lepas maghrib,kita akan baca yasin dan wat solat hajat..moga segala kekalutan yg berlaku ditunjukkan jalan oleh ALLAh pada kita”

inilah hakikatnya masyarakat desa.mereka bersandarkan,segala yg berlaku ada hikmahnya.mereka sebenarnya cukup selesa dgn kepimpinan Dato Ir Nizar.baru beberapa minggu beliau mengkhatibkan khutbah jumaat,mengimamkan solat jumaat di parit buntar.
itu contoh tauladan yg tidak sepatutnya ditolak,malah selayaknya diteladani.

masalah yg menimpa pkcik-pkcik bangsat kita,mereka mnjanjikan limpahan keseronokan dan kemewahan dunia.namun Islam Hadhari jajaan mereka belum cukup untuk meyakinkan rakyat Perak akan kesejahteraan di akhirat.

kemerdekaan kita masih muda,dibandingkan tempoh nenek moyang kita terpenjara dek segala bentuk penjajahan.bagaikan kejutan budaya,segala bntuk kesenangan ini berdikit-dikit memansuhkan peringatan yg kiamat akan tiba seperti yg dijanjikan..

mungkin mereka ada pelan lain yg boleh menjamin kesenangan di akhirat pada rakyat di perak.itu amatlah dialu-alukan.namun,kalau suapan ringgit dijadikan modal utk ke sana..alamatnya,punahla bangsa..

ini rintihan ank perak yg akan blik semula ke langkawi..satu lagi perjalanan dgn 6 bas..dan feri yg memualkan..titik.

February 2nd, 2009

longgokan sampah hiburan di bakul-bakul minda_Ahad, 2009 Februari 01

rancangan `health buzz` di tv3,sgt menarik minat aku.ye la,topik mengenai kesihatan ni,mmg sng nk memenjangkan perhatian aku kt tv.bukan apa,bekalan hr tua la knonnya..hehe.dgn rancangan yg mcm ni,aku blh memilih,mngatur,dan mengawal cr pemakanan,cr bersenam,dan byk lg la.org kata,kita kna pastikan hdup kita seberkualiti mungkin.bagus jika rancangan yg semacam ini diperbanyakkan lagi.biar sihat seluruhnya rakyat Malaysia ni..

tapi…pukul 530pm,sangatlah memualkan aku sampai aku tutup tv terus,dan mengikut apa yg `health buzz` anjurkan - gi joging.ada plk rncangan ap, mystar lg ke apa ntah.secara terus terang dan menambahkan lagi suluhnya,aku cukup,cukup,cukup (byk lg cukup) menyampah dgn rncangan yg semacam ini.rncangan realiti yg knonnya nk mencungkil bakat,mcm nk mencungkil gigi lepas makan.akibatnya,yg dicungkil hanyalah kerak2 nasik yg melekat celah2 geraham.

sedar tak sedar, masyarakat kita, seluruhnya, banyak sgt dikelabukan dengan hiburan yg tak berkesudahan.diulangi - banyak sgt. mmg tak dinafikan, berhibur tu adalah tuntutan naluri manusia yg tak boleh dikekang. tapi sepatutnya boleh dikawal.

dengan rancangan realiti sana-sini,AF,raja lawak,dan banyak lagi yg tak tersenarai.belum lagi rancangan yg kalau di Jepun disebut `rancangan sampah`- melodi yang tak sudah-sudah melaga-lagakan sesama artis.entah apa kebenaran yg nk diterjah,aku pun tak tau..

jika betul mereka dahagakan kebenaran, cuba fokuskan kamera ke tebing gaza sana. Rungkaikan kepalsuan yg dimainkan yahudi laknat. Semarakkan kemarahan umat Islam dan bangsa dunia seluruhnya akan kebinatangan yahudi laknat dan amerika serta britain keparat.ye,britain.mereka punca segala kekalutan yg berlaku,sejak di zaman peperangan dunia pertama lagi.pasti ramai yg lebih celik sejarah di sini..

budaya hedonisme yg jd senjata yahudi laknat,kuat di merata2 ceruk dunia,termasuk Malaysia yg kita sanjungi ni.kdg2 aku hairan,usia merdeka kita bukanlah tua mana nak dibandingkan dengan umur penjajahan yg memenjara nenek moyang kita dulu.tapi kita tetap buta mata hati dan pekak telinga nurani dalam nak menghadapi kemewahan yg secara tiba2 melemaskan kita.aku ckp kita,sebab aku sendiri pun tak mampu menjamin yg aku ni berjaya meloloskan diri,jasad dan rohani dari permainan dunia ni.

cuma kdg2 aku kecewa, minda kita senang sgt terbejat ngn hiburan.hiburan boleh,tapi kalau dh melampau sgt byknya,memang terang-terang melingkupkan la.usia 50 thun merdeka,br sgt.kelaziman jd org kaya baru agaknya,tiba-tiba dikaburi kemewahan,duduknya senang,hatinya lapang,perutnya kenyang.menanti tidur panjang,lupa gelap malam kdg2 mengundang hujan lebat atau banjir kilat yg boleh menjilat segala-galanya sekelip mata.

mungkin byk pihak yg belum nmpk hal ni.aku pon kdg2 terpejam sebelah mata hal gini.ye la,kang rg ckp aku ni org muda tak sedar diri.bukan apa,muda pon nnti tua gak.aku nk jadi org tua yg berguna kt masyarakat.sampai wktunya,kita kena kembali ke masyarakat..

cakap banyak pon xguna.jom main game.hehehe..

February 2nd, 2009

tolonglah anak kita di Palestin…Ahad, 2009 Januari 25

dalam dimensi dunia yg makin kalut, serabut..aku mengharap damai aman abadi menjelma kini..
dunia..makin penuh dengan kegilaan yg semakin diwajarkan kewujudan..mangsa,tetap bayi lemah dan wanita..

dalam pada kita menyahut seruan menjenayahkan perang..kita semakin kenyang mengunyah..menggigit,menjilat sampah..sampah yang ironinya ada dalam dunhill,ada dalam mcD,ada dalam starbuck..dan lain2 lagi..

kita kenyang di sini, sedang anak2 kita di Palestin kelaparan..menangis mengharapkan ehsan..namun dibuai si ibu dgn tenang..laparmu itu jejambat ke syurga anakku..laparmu mengulum kekuatan yg mengenyangkan di syurga anakku..bila kau besar,anakku..kau pejuang yg pasti menggegarkan alam yahudi..jgn biarkan mereka tenang setelah ayah dan paman-pamanmu luluh di medan perang ciptaan dustaan mereka..

fuh..fuh..rokok terkepil di muncung mulut kita..mulut sebusuk hati,yg tak pernah cuba mengerti..asap bg anak2 kita di Palestin,ibarat layar belakang melatari perang..bom sini sana,terbelanja dari duit kerja kita seharian..poket dikosongkan,hanya mahu memenuhkan asap di mulut dan nafsu di perut..sedang kita lupa,asap sedap itu punca peluru yg merobek ibu kita,bapa kita,saudara kita di Palestin sana..

mari mnum di starbuck kawan..sini letaknya standard kita..baru ada class.. persetan semua itu..mahar yg dibayar di meja kopi,cukup utk membuatkan si yahudi laknat berlapang hati..mereka senang,peluru bom semua tak pernah kurang..sementelah kita sentiasa mahu kenyang,dgn standard ciptaan si dagang yg tak pernah diundang..haram jejak kaki mereka di mana2 dunia..

boikot,pulau..mmg diakui ini mungkin mengarut..kita hanya sedikit,hanyalah semut..namun semut andai banyaknya,sakit bila ia menggigit,mati andai dibiar melata..boikot,pulau haruslah berperi,dan harus menerus..seluruh dunia sudah menyahut..cuma kita di Malaysia yg aman,kenyang,lenang,malas2 mahu menymbut..biar sedikit usaha kita,di `dunia` sana setimpal balasnya..tolonglah anak2 kita di Palestin sana..kita sudah sepatutnya mampu mengubahnya..

« Previous PageNext Page »